klik saya!
"YA ALLAH YA TUHANKU, aku bersumpah dengan nama-Mu yang mulia, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menjaga kehormatan quran, qiraat dan matan. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan."


Permata Yang Hilang



untuk bacaan artikel ilmiah, sila ke hosmu.blogsome.com
Wednesday, September 03, 2008
hosmu menulis -
HNHR - Sagupal


Sebenarnya nama panjang kuih nih 'sagu kepal' tapi biasa aaa.. orang Kelantan suka nak bagi nama glemer ... dia bagi nama short cut jadi sagupa .... Ni salah satu makanan orang Kelantan... mudah jer, sedap tak....? kira ok laarr sedap jugak ... very simple .... tapi aku sikit pelik kenapa kebanyakan masakan orang Kelantan mesti ada letak halba ... confuse nasib baik tak buat air letak halba jugak...
Jom aaa gi dapur cari barang-barang nih...

Sagu.. boleh buat warna apa-apa
Santan
Daun Pandan
Gula
Halba (buh sikit jer kalau banyak tak sedap plak)
Garam

Cara buat :
Memula gi basuh sagu tadi. Tapis kan dalam penapis bagi air kanji dia keluar. Didihkan air, air tak yah banyak sangat... nanti kalau lembik tak leh nak gumpal/kepal. Bila rasa-rasa dah masak biar dia sejuk dulu.
Dalam periuk lain masukkan santan pekat, buh gula, garam, halba dan daun pandan. Kacau jangan tak kacau nanti mendidih naik minyak tak cantik... bila rasa-rasa dah pekat... sejukkan jugak.
Sagu tadi kalau dah sejuk boleh lah di kepal-kepalkan kecik... masukkan dalam kuah tadi... panaskan sekejap... bagi sebati... kekadang aku tak panaskan pun .. terus hidang jer ...
Gi aaa try masak ... senang jer bib ...

Sagupal ini saya tau dari josemourinho (torrent jiwang). Rasanya masa kecik2 dulu saya tak makan sagupal ni. tapi kiuih sagu yang disalut dengan kelapa tu, memang laju.
kredit tu kak ungku di blog beliau
*mula2 baca blog kakungku ingatkan perkataan.. rupanya dua patah perkataan...

ditulis pada 06:16 pm oleh hosmu
 




Monday, September 01, 2008
hosmu menulis -
HNHI - Ramadhan's First Day - 1st September

[B. Malaysia] Selamat Datang Ramadhan - [B. Arab] Ahlan Ya Ramadhan - [English] Welcome Ramadhan - [Belanda/Nederland] Welkom Ramadhan - [Peranchis] Ramadhan bienvenu - [Jerman] Willkommenes Ramadhan - [Greece] Ευπρόσδεκτο Ramadhan (saya tak tau baca camna) - [Itali] Ramadhan benvenuto - [Jepun] 歓迎されたRamadhan (lagi la tak tau bunyi camna) - [Korea] 환영받은 Ramadhan (lagi2 tak tau) - [Portugis] Ramadhan bem-vindo - [Russia] Добро пожаловать Ramadhan (ni takpe.. ada kaunter pertanyaan.. dr adz) - [Sepanyol] Ramadhan agradable

Terima kasih kepada Babel Fish Yahoo!..

Ikut satu program malam ni.. Antara point utama: al-wa'yu dan al-iradah, ar-rajulah (tingat kitab tafsir dr abdul karim pasal ar-rajulah), sedia diri untuk berjuang, tarbiah kepada thaqafah dan ilmu2 alam..

Teringin nak buat nekbat? Resepinya:

Nekbat adalah makanan pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang dibakar dalam acuan atau api kecil. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering.

Apabila Nekbat sedia untuk dihidangkan, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi.

BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam (untuk makan ke untuk jual ni Surprise)
gula untuk menyira
daun pandan

CARA MEMBUATNYA:
1. Tepung beras digoreng dengan api yang sederhana hingga kering.  Biarkan hingga sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan tembaga, campur sedikit minyak. Ambil buib telur sapukan mangkuk ayam.
4. Taburkan sedikit demi sedikit tepung beras sehingga pekat. Kemudian masuk dalam acuan dan bakar hingga kuning.

CARA MEMBUAT SIRA:
1. Masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula pasir ke dalam bekas.
2. Bila air mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat. (10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.).

sumber: http://putera1.tripod.com/resepi/resepi.htm

blur kat sini:
ambil buih telur, habis tu isi dia nak letak kat mana?

Last skali, ibu je la jadi sumber rujukan ni.. Sayang ibu..

ditulis pada 03:34 am oleh hosmu
 




Sunday, August 31, 2008
hosmu menulis -
HNHA - Aku Tetap Nak Menulis Sesuatu

Tak tau apa nak tulis. Sebab tengah blur. Hard disk WD 160gb rosak physically. Bunyi ketak2. Dah usha web lebih2 lagi putera.com. Jumpa dua alamat. Satu kat KL (LowYatt) dan satu lagi kat SP, Kedah. yg kat sungai petani, masih lagi belum dapat alamat. Ada satu lagi yang dicadangkan oleh xfxtech (jiwang torrent) kat ipoh. Ok gak tu, leh la ziarah ummi tice kat sana. Kalau kat KL, tak jadi masalah sebab insya ALLAH jadi tempat duduk.. yang kat Sungai Petani ni yang jadi masalahnya. Chat ngan Mad Syah pon, dia duk Penang dah. Kalau umah family dia, di Alor Star. Takpe.. abaikan benda ni dulu.. Tasfiah.. 11 days to go!

Saya nak kongsikan sesuatu.. Saya tak tau menarik ke tak.. Saya tak baca pon.. Yang pasti, saya suka copy dan paste tulisan orang lain untuk mensedapkan saya baca blog saya.. hahhaa...

Mencintai = Melindungi
http://hanristudio.blogspot.com/2008/08/to-love-is-to-protect.html

Entri ringkas ini didedikasikan khas untuk keluarga saya di tanah air, mereka yang dekat di hati saya, rakan-rakan, dan semua yang mengenali diri ini.

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)

Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku.

Contoh agung yang kekal sepanjang zaman. Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan.

Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka.

Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?
----------------------------
Saya takle nak tulis panjang2.. Hujung ibu jari kiri saya luka.. Pisau memotong sedikit kulit dan kuku masa nak masak tadi. Hilang kosentrasi nak wat bende2 selain tambah frust dengan hard disk tu.

Malam tadi, pegi ke helwagi.. ustaz ahmad cakap "No Way". mastermax baru bagi cadangan suh try pegi ke roxy, mana tau ada rezeki. Then tadi try nak upgrade 512 ke 1mb, malangnya banyak la pulak birokrasinya. Suh datang minggu depan. Alasan dia hari ahad hingga rabu ada masalah kat ibu pejabat di kaherah. Sukahati ko la mamat.. Baik upgrade masa nak bayar 17hb tuh.

SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

ditulis pada 03:36 am oleh hosmu
 




Friday, August 29, 2008
hosmu menulis -
HNHJ - Jumaat ini

inilah jumaat terakhir sebelum masuk ramadhan..
saya story apa ada dengan jumaat hari ni..

1.
hari ni tukar jam. jadi lambat sejam. so beza ngan malaysia jadi 6jam bukan 5jam seperti sebelum ni. maknanya jam dikira sebagai musim sejuk dah. tapi saya rasa panas jer.

2.
lepas solat jumaat tadi, terus pi syarie bahr. draw duit. masa dalam bas, tgk kat masjid syaikhah, ada keta kuda jual tembikai. teringat memori kat arma. lepas solat jumaat, mesti banyak keta kuda bawak tembikai jual tembikai. masa tu, ada ustaz amirullah, thaba, sarikei, zuraidi dan lain2.

3.
kalau kat malaysia, jumaat hari ni ada bajet 2009. tahniah buat penjawat awam dapat bonus sebulan gaji pada bulan september dan disember. rokok katanya naik harga. kesian kat perokok tegar..

4.
kat malaysia jugak, konsert 'haram' avril lavinge berlangsung. moga2 tiada sebarang bala diturunkan untuk negaraku. hairan bin pelik, sedang nak sambut merdeka dari bangsa omputih juga nak sambut awal ramadhan yang mulia, dibuat konsert sebegini rupa. baca dalam internet, pemuda pas akan terus2an membuat aktiviti dakwah sebelum konsert ini. saya salute kat diorang, istiqamah dan tidak tunduk pada tekanan mana2 pihak.

ditulis pada 07:23 pm oleh hosmu
 




Wednesday, August 27, 2008
hosmu menulis -
HNHR - Semangat Hijau Putih

Sambil2 duk layan sb torrent jiwang semalam, ada sorang share video ni.




http://www.youtube.com/watch?v=PhB9V0hzSWM

tengok video ni, terasa cam semangat tu naik. bawak harley davidson sambil kibar bendera Hijau Putih. Betul2 penyokonng Hijau Putih ni. Yang tukang capture ni, mmg boleh still ikut blakang. Sib baik harley davidson, kalau norton camna?


PRK semalam, seperti yang diramalkan, DSAI menang. majoriti melebihi dari majoriti DSWA pada bulan mac baru ni. meningkat. DSWA menang majoriti 13k manakala DSAI menang majoriti 15k. tu pon masih lagi ada syak wasangka spr bermain dengan hanturaya. wallahu a'lam.. itu bukan perlu saya fikirkan. sekarang ni, langkah pertama DSAI ke parlimen sudah berjaya. harap2nya langkah2 seterusnya untuk tukar malaysia kepada yang baru dimudahkan oleh ALLAH SWT.

ditulis pada 07:38 pm oleh hosmu
 




Monday, August 25, 2008
hosmu menulis -
HNHI - Hari ke-25 dalam bulan Ogos

Ada beberapa hari lagi untuk sambut kemerdekaan negara Malaysia yang ke-51. Ulangtahun kemerdekaan dari penjajahan British, bukan kemerdekaan dari segi yang lain seperti kos sara hidup, akhlak, undang-undang Islam dan sebagainya.
Ada beberapa hari lagi juga untuk sambut kehadiran bulan berkat, Ramadhan al-Mubarak. Yang katanya disambut oleh kerajaan Malaysia dengan konsert Avril Lavrenge pada hari Jumaat depan. Ramadhan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang bijak mencarinya. Juga nanti akan banyaklah forward yang akan diterima tentang fadilat terawih.
Ada beberapa hari lagi juga untuk exam tasfiah. Persediaan? tak sedia langsung. takde mood nak study. rasa macam down je. buka satu page jer dah mula menguap. sekarang ni pasang matan dengan pc jer. moga2 dengan teknik mendengar mampu tangkap balik apa yan telah dihafal. macam mana dengan matan yang belum dihafal? wallahu a'lam.
Ada beberapa hari lagi juga nak cukupkan tempoh yang lama tak call rumah satu dan dua. bukan masalah duit, tapi masalah nak dapatkan kad. sekarang ni katanya e-voiz bermasalah. yang ada hanyalah Voip. ada budak medik jual benda ni. tapi sekarang ni mmg tak keluar rumah.. camna nak berurusan. takpelah.. dengan sms pon dah memadai. nanti raya, anak ini akan call rumah. lagipun masa tu, dah takde bebanan matan lagi..
Esok pilihanraya kecil kat permatang pauh (PPh).. moga pilihanraya yang bersih dan adil..

ditulis pada 07:40 pm oleh hosmu
 




Sunday, August 24, 2008
hosmu menulis -
HNHA - Kedah Is The Best

Congratulation to Kedah FA.
Treble champions (Super League, FA Cup, Malaysia Cup) for 2 seasons (2006/07 - 2007/08).. Let's be 2008/09 for Kedah again :-p


ditulis pada 03:37 pm oleh hosmu
 




Thursday, August 21, 2008
hosmu menulis -
HNHK - al-Fatihah

Marilah kita sama2 menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan juga doa-doa untuk mengiringi pemergian salah seorang sahabat (di dalam Islam), Ustaz Kamarulzaman b Dzulkarnain yang meninggal dunia di Tanta hari ini. Saya tidak mengenali Allahyarham (maybe sebab saya selalu berkurung di dalam rumah, dan yang pasti sebab nama Allahyarham tiada dalam CM3). Semoga Allahyarham tergolong dalam golongan syuhada dalam menuntut ilmu.

ini ialah matan ayat:
 salah seorg pelajr sigapure tlh kembali ke rahmatullah lps asar di tanta alfatihah semoga roh nye  dicucuri rahman sila sebarkan -offline dari syeikh jumari

ini ialah syarah kepada matan ayat di atas:
Sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Johor (kamarulzaman b. dzulkarnain) bekas pelajar al-attas,org panggil die TAR dulu(pada sesiapa yg ingt),juge bekas pelajar Yaman yg ingin menyambung pengajian di mesir, yg tlh kembali ke rahmatullah di Tanta ptg td (21/8/2008) slps asar. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 para anbiya' dan solihin.  amin. - offline dari syeikh sahibul hidayat

Ijal ada sms tanya pasal ni.. katanya ada sahabat di kaherah yang cerita kat dia. saya mmg tak nak jadi pemula sanad.. saya jawab, saya tak tau dan tanyalah orang lain.

ditulis pada 10:46 pm oleh hosmu
 

hosmu menulis -
HNHK - Menanti Ramadhan

doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya mohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...amin..
baca sedikit taklikan mengenai hadis Jibril a.s ini..
-------------------------

Rejab sudah berlalu... Syaaban makin ke penghujung... Ramadhan bakal menunjukkan mukanya.. (sama juga seperti exam fasa2 sudah berlalu... natijah pon dah keluar.. tasfiah ngam2 datang bersama Ramadhan)..

Kita sambut Ramadhan dengan hafalan matan Ibnu Jazari minal gild ilal gild (gild ini bukannya seseorang tapi jild: kulit.. ditulis gild dengan bahasa ammi tukar huruf jim kepada ga)

mula hari ni, cm3 akan jadi pekasam.. mmg akan tinggalkan dia buat sementara waktu hingga tasfiah. lepas tasfiah, insya ALLAH akan sambung balik. mana2 yang masih lagi belum memilikinya, boleh email kepada saya ataupun lawat blog: http://mawaddah08.blogspot.com. sebut pasal domain ni, sayalebih suka ia didomainkan kepada edpmt.org sebab under dpmt. tapi saya malas nak campur. masing2 dengan kehendak masing2. not my bussiness and i don't care anymore.

semalam website ekpkm kena hack. sian kat miji tengah sedap tido saya call suh tgkkan. saya tak reti sangat bab2 nak baca php ni.. so, alhamdulillah miji dapat settlekan.. dan sekarang ekpkm (laman utama) didownkan. tidak tahu bila akan dipulihkan. saya dalam usaha untuk install joomla yang terbaru. 1.5.6. yang dalam, 1.5.0 - 1.5.5 katanya ada hole untuk dihack. baca artikel ini.

ditulis pada 04:06 pm oleh hosmu
 




Tuesday, August 19, 2008
hosmu menulis -
HNHS - Akademi Apa Ni???

video You-Tube ini saya dapat dari rusli-islam.
Bunga Oh Bunga....


ditulis pada 05:35 am oleh hosmu
 




Next Page

.:|Disclaimer|:.

Saya dengan ini mengumumkan, penutupan ruangan komen dan juga tag-board kerana keburingan yang amat-amat sangat. Bagi sesiapa yang berminat hendak komen tentang artikel dan blog ini, boleh lah emailkan kepada saya.



YAHOO.MAIL

Login Form

[Uncheck jika berada di komputer perkongsian]

Lupa ID atau kata laluan? | Bantuan





.:|Who Are U|:.

IP Number:

You from:

The country is:


.:|Who Am I|:.

MyName:
tamuramaro akimoto




<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



*menyintaimu.. perkara terindah dalam hidup
menyintaimu.. ibarat air sungai yang tiada henti
*menyintaimu.. ibarat mentari yang tidak berhenti bersinar
*menyintaimu.. ibarat ombak yang setia memukul pantai
*menyintaimu.. abadi sepanjang hayat
adakah kau masih ingat segala janji?



Bookmark Saya



KLIK SAYA

Masuk link di atas, Pilih Register. Reg kan nama anda dan kemudian pilih Surf Ads. Di dalam page Surf Ads, ada banyak kategori. Klik setiap link di dalam setiap kategori dan tunggu dalam tempoh 30 saat (anda akan lihat count timer di bahagian atas) sehinggalah count timer itu bertukar kepada Done dan keluar tick hijau di sebelahnya. Kemudian kliklah link ads yang lain.

Tujuan saya ialah untuk subscribe Premium Account di RS or MU.


Exam Fasa II
Tahun 4
2007/2008

18.05 (Ahad) - al-Quran (bertulis)
20.05 (Selasa) - Ulum al-Quran
22.05 (Khamis) - Lahjat & Aswat
25.05 (Ahad) - Daf'ul Mata'in
27.05 (Selasa) - Tauhid
29.05 (Khamis) - Dilalat
01.06 (Ahad) - English
03.06 (Selasa) - Waqf & Ibtida' & Fawasil
05.06 (Khamis) - Qiraat Syazah
08.06 (Ahad) - Qiraat Nazari

al-Quran Syafawi: tiada jadual lg
Ta'yin Tauhid (rasanya): tiada jadual lg..


Things-To-Do

Siapkan urusan kuliah
Gunting rambut
Hantar barang² orang
Bayar hutang; zayd, yuzek & dzul

Kotak kitab

Things-To-Buy

Stokin Sandy - Peach&Black
Kalendar 2009 - hope dh kua
Jubah lelaki&Perempuan
Quran Baldu
Barangan Asfour not Tiffany@Zhulian:)
Pe lagi eh?


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
rss feed






blog ini diseliakan oleh hosmu inc - ibu pejabat: gharbiyyah, mesir