 |
|
Wednesday, January 21, 2009
hosmu menulis - HNHR - Bersama Satu Perjalanan Abadi
Bila tgk mayat masuk liang lahad, terasa gerunnya camne la kehidupan saya di sana kelak. Entah macam mana jawapan kepada soalan munkar nakir nanti. HuHu..
Takziah buat my student, nenek kesayangan beliau dijemput pemilik-Nya hari ini. Katanya takde pada jam 4 pagi. Sakit. pagi tu, marwan bagitau suh bawa balik student tu dan beberapa orang kawan dia ke rumahnya. Insya ALLAH solat jenazah pukul 11 pagi. Lokasi adalah di pengkalan chepa. hehehe.. bukan dekat tu nak diukur pengkalan chepa dari pulai chondong. lepas kelas terus gerak. cadang nak guna van sekolah (boleh bawak 14orang) tapi sebab van rosak, maka dibawak je la si kancil itu. wakaka.. isi muatan hanya 5 orang sahaja.
sampai ke rumah dalam jam 10.30 pagi. masa sampai tu, tgh ramai tetamu yang berkunjung ziarah. lepas salam ngan ayah hafiz (pakcik omar) dan perkenalkan diri.. terus duk diam2 atas buaian. budak2 dipaksa ke masjid solat dhuha. penat drive. kemudian dipelawa masuk ke dalam rumah. masa dalam rumah tu, tgk2 kat lua. nampak sorang pakcik cam kenal je. penah ku nampak pakcik ini, tapi di mana ya. ehehe.. haji man, ayah arwah fadzli 9410 yang mati eksiden ngan faizal tu. rupanya saudara haji man ngan si mati. mak sedara ke camne. lupa dah. then, tak disangka (ayat diaaa..) asmazawawi (skali masa kat shoubra dulu), menantu haji man. hehehe.. imam solat jenazah, tuan guru menteri besar (rezeki lagi solat di belakang beliau). kemudian ke kubur. kemudian tahlil. kemudian kembali ke masjid sambil tunggu zohor sambil makan nasi. pas zohor, awi ajak gi umah dia kemudian kami balik. singgah minum air di kem desa pahlawan. sampai sini kul 5. alhamdulillah.
skolah lagi hari ni.. esok balik.. yehaaa...
ditulis pada 12:28 pm oleh hosmu
Tuesday, January 20, 2009
hosmu menulis - HNHR - Rabu dah weii
Selamat berjaya kepada kawan2 kat mesir yang tgh exam fasa 1 tu.. lebih2 lagi kepada raeis, nab, syed dan daus. bola, bola gak. buku jangan lupa. hehehe.. the blues was marching on.. wakaka...
kepada 2833, good luck paper yang berbaki. insya ALLAH semuanya dipermudahkan.
menulis dari bilik kecik raja.. hahaha.. dah la makan roti canai mamak spicy kenyal dan jugak liat.. huhuhu...
ditulis pada 07:44 pm oleh hosmu
Monday, January 19, 2009
hosmu menulis - HNHI - Sakit yang sama, situasi yang berbeza
Situasi 1 - Ni masa zaman mengaji kat mesir dulu.. HiHiHi.. Kalau kat sana, masa dapat sakit 'alahan makan' ni, mesti saya akan terbaring di dalam bilik, ikut suka hati bila nak bangun (tapi ahli bayt akan kejutkan time waktu solat). masa tu tak pk pape pon, yang pk hanya puaskan tido je. then lepas cukup pantang tido tu, kalau kat tanta terus siap2 pegi amtai. Nasi goreng pattaya satu!!! the most jenis nasi goreng yang paling saya gemari. lebih gemar kalau lebih banyak ayam di dalamnya. (nasi goreng pattaya mempunyai seekor ayam dan beberapa cebisan daging ayam di dalam ayam yang seekor tu.) tapi epi biasanya baik hati.. letak ayam banyak.. terima kasih banyak2 kepada epi. epi jangan sedih2 na, kalau newcastle jatuh divisyen season ni.
Situasi 2 - Sekarang, bersama my loving pa and ma.. Ibu sentiasa ringan tangan picitkan kepala anak dia. Sayang seorang ibu kan. HiHiHi. Ini adalah first time balik ni. Tk tau makan apa sebenarnya. mula2 rasa hari khamis lagi tapi dapat dikontrol dengan nasi goreng pattaya kedai makan kubang kerian tu (masa makan tu pon, sebenarnya dah loya.. HuHu). Blik umah ok balik. Kemudian masa pegi dengar tok guru ceramah, ibu beli ubi keladi rebus. (ni salah satu benda saya syaki). kemudian pas zohor makan tgh hari gathering ngan suza. suza bawa sup tulang (ni pon saya syak jugak.. tapi yang pelik masa ibu wat sup tulang minggu lepas punya, xde masalah pon).. Hurm.. saya sedang mengkaji. Kemudian memikirkan bahawa saya ni sedang bekerjaya, rasanya tak elok untuk terus santai kat umah. Minta abah bawak ke klinik untuk tindakan lanjut. Abah bawa ke klinik nik amir, tanjung chat skali ngan mak. Mak nak injection satu kat lutut dia (puas duk kat umah tak le nak jalan.. dapat injection.. happy je dia gi jalan.. :D ) terima kasih kepada dr nik amir kerana beri mc satu hari.
Situasi 3 - Masa depan, bersama dia.. Camne eh.. Saya perlukan masa untuk jawab yang ini..
Pesanan dari saya, jagalah makan anda dan jom.. streamyx.. WaKaKa
ditulis pada 11:47 am oleh hosmu
Tuesday, January 06, 2009
hosmu menulis - HNHS - Selamat Tahun Baru
Nothing important.. Just to wish Happy New Year 1430H & 2009M to all my friends..
Doakan sahabat-sahabat anda di Gaza.. Semoga mereka yang terkorban dikurniakan pangkat syuhada. 10 Muharram di sana disambut dengan darah dan air mata, seperti mana peristiwa di Karbala. Buat masa ni, saya puasa lagi..
Hotmail.com telah kosongkan semua inbox saya. Lama betul tak aktif kat sana. Hahaha..
Jom cari kerja! Bersedia untuk bulan 8.. (bulan kemerdekaan).. bulan 9 dah puasa..
ditulis pada 05:50 am oleh hosmu
Wednesday, December 17, 2008
hosmu menulis - HNHR - I'm shocking
shocking tu terkejut kan.. oh ya, kalau shaking tu berjabat.. kalau yang bergegar tu ape plak eh.. huhu.. lemahnya daku dalam english.. terima kasih kepada EBMT Prototype. Ingat takde site yang menyediakan kamus english-malay di internet. terima kasih kepada yang memberi link ini di site torrent|Jiwang.
Semalam pergi ke mansurah. Alhamdulillah, misi mencari tefal sudah selesai dengan jayanya. Misi paling besar skali ni. So lepas ni dah xde lagi barang2 besar untuk dibeli. Cuma nak gi hussain, cari "Telur Batu" tu je. Sambil2 cari stokin sandy lagi. Ramai sungguh peminat stokin ini yer.
Sekarang ini line internet saya makin mencapai tahap cipan. HuHuHu. Yang hairannya, pemakai laptop stabil je. Yang pakai desktop, semuanya hampeh. Ni ok sebab saya guna wayar yang sambung ke switch/hub tu. Baru ok. Kepada yang tunggu saya, sorry.. mmg line saya tak dapat nak ditolong. Kalau ade pape, bagi offline je la. Nanti ok, saya bagi respon. Tapi saya leh jangka, xde sape pon.. Saya ni tak sefofular mana pon.. HaHa.. Offline forward banyak la...
Saya berserah kepada-Nya. Kalau ada rezeki, ada lagi la jodoh tu. Kalau xde, saya redha..
Postgraduate di UKM - Dah tutup Postgraduate di UM - Akademi Islam - Postgraduate di API - Institute Of Graduate Studies (IPS) moga2 ALLAH permudahkan niat saya untuk sambung ke peringkat yang seterusnya. insya ALLAH buat masa ni, dalam Malaysia. Tapi kalau ade rezeki kat luar Malaysia, nak try jugak. Ameen..Blog Drive - Entries
ditulis pada 01:07 pm oleh hosmu
Monday, December 15, 2008
hosmu menulis - HNHI - Balik
HuHuHu.. Xsempat balik lagi dah ade orang dedicate wish.. Begini wishnya: alfu syukran kpd ustz yg telah bnyak mnolong dpmt maupun ana didalm tumjuk ajar dan sebagainya..jasa utsz sentiasa berlegar diingatan kami,,,,,bile dah balik m'sia teruskan perjuangan dan jgn lupakan kami di sini...kalo ade jodoh n pertemuan moga disana ianya menjadi detik yg bahagia buat kite semua,,,teruskan perjuangan....walaupun kalam ini nmpak cam poyo ckit...aja aja faity !!! salam perpisahan - yuzek
mmg poyo pon (harap yuzek tak kisah, gurau je).. wakaka.. xyah le nk ucap terima kasih.. kawan sama kawan.. bantu membantu mmg menjadi kewajipan dah.. ape yang saya leh tolong dan ajarkan, saya tolong dan ajarkan.. tapi ibu ajar masa kecik2 dulu, kalau ade orang tolong kita.. kena ucap terima kasih.. pastu kalau ade orang cakap terima kasih, jawab balik sama-sama. pastu cikgu wan shahiran (my english teacher) said, if there are someone helping you, don't forgot to thanks him.. and if there are someone thanking you, tell him you're welcome.. kemudian ustaz wan yusof (moga2 beliau berada dalam rahmat-Nya di alam sana) cakap, lau kana an-nas yusa'iduka, la tansa qaul syukran.. lau kana an-nas yasykuruka, qul afwan. terima kasih kepada cikgu2 saya yang banyak memberi saya ilmu. Semoga cikgu2 sentiasa berada di bawah payung rahmat Ilahi. "Terima kasih kepada yuzek yang banyak membantu saya dalam urusan kehidupan dan juga persatuan.."
byk yg telah berlaku sejak dua menjak ni. nanti la saya story lain kali.. kalau ade masa..
~misi mencari tefal~

ditulis pada 02:49 pm oleh hosmu
Wednesday, December 10, 2008
hosmu menulis - HNHR - Crown di id kawan anda?
* ini bukan memberlist saya mesti kalau yang suka visible, kita akan perasan ada di antara id dalam memberlist YM.. simbol crown.
itulah dia YM Power User.
Bagaimana nak jadi YM Power User? First open http://messenger.yahoo.com/powerusers
login with your yahoo login, to make sure that Yahoo have been choosing you as Yahoo Messenger Power User.
To became Power User, just use Yahoo Messenger everyday, and wait until Yahoo invite you. 
so, kalau sekadar nak dapatkan crown tu.. korang kena berumahtangga dengan YM. jadinya, mafhum mukhalafah dia adalah sesape yang da ade crown tu, bermakna... sendiri faham la.. hehhee...
ditulis pada 10:35 pm oleh hosmu
Tuesday, December 09, 2008
hosmu menulis - HNHRaya - I Know What I Did This Raya :)
Raya menjelma lagi. Insya ALLAH aidil adha yang terakhir di bumi asing ini. Moga2 tahun depan dah boleh disambut di tanah kelahiran walaupun di mana negeri secara tepat saya tidak tahu. eHeHe. Raya tahun ni disambut dengan masbuk solat raya, dan kemudian ramai2 bergambar di padang istad thaniah tu. Tak sangka plak, raya kali ni ramai pelajar malaysia yang turun ke sini. Ingatkan diorang nak solat raya kat Istad Tanta. Pas solat, terus ke rumah Mad Nor. Jemputan dari beliau. Alang2 diajak, lagipun kat umah bukannya ade makanan. eHeHe. Menu adalah mee bandung. Then kemudian balik umah. VC khas aidiladha. Pon sebelum tido semalam, hidung dah mula manja2. Selsema dah datang.
Pastu, siap2.. bertiga ke markaz.. tengok majlis korban. 2 ekor unta, 8 kambing dan juga 2 ekor khoruf. Jumlah secara tepat saya tidak tahu sebab saya bukannya amik bahagian mengira2 ni. Datang ingatkan semua haiwan sudah siap. Tapi rupanya proses sembelih dah nak berakhir, hanya proses melapah sahaja ade lagi haiwan yang masih belum terusik. Terus kotorkan tangan walaupun niat dah cuci tangan dalam bab2 melapah ni. Niat2 cuci tangan.. tapi pisau bawak jugak.. eKeKe.. Pisau kesayangan tu.. Beli kat tauhid wa nur kat kaherah lagi.. Nanti dia akan ikut skali balik..
Then balik umah dalam perasaan yang teramat penat skali. Nak tido, tapi lapar. Solat dulu, pastu sambung pk balik. Makan ke tido, makan ke tido? Last skali basuh beras dan kuarkan ayam. Mula masak nasi minyak dan ayam masak merah. WoOo.. Sampai panas muka makan sebab terlampau banyak letak cili merah tu. Rasanya dah banyak letak gula nak cover pedas tu.
Kemudian bangun tido, dah demam.. Sakit kepala, tekuk sakit, suara serak2, hidung berair.. Wahai doktor, simptom apakah ini????
Hari ni ade majlis kat imarah kubur, tapi berat tak pergi je...
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat ibu abah, ummi ayah, teristimewa buat 'teman'.. kawan2 seperjuangan di bumi tanta ni.. Minta maaf 0-0 na...
//-----------
hari ni dah dapat gambar dan sijil tuk konvo baru ni.. ~edited~-----------\
ditulis pada 03:56 pm oleh hosmu
Saturday, December 06, 2008
hosmu menulis - HNHS - Penat³
Pehal plak email yahoo! ni.. Sorry for the inconvenience.
You've stumbled upon a temporary problem we're having with Yahoo! Mail. Usually this problem gets resolved quickly, without you doing a thing. * Try pressing the Reload or Refresh button on your browser, or signing out and back into Yahoo! Mail. Hopefully that will take care of things. If that doesn't fix the problem, please try again shortly. The fact that you're reading this page means we've been automatically notified of the issue, and chances are we're working on it now. * If you think you've been more than patient and tried the tricks above, feel free to contact Customer Care about Error Code 2.
Thanks, The Yahoo! Mail Team
baru nk search ekpkm punya data.. huhuhu.. nak tukar template plak..
Alhamdulillah selamat sampai ke bilik kecik ini. Setelah hampir 2 hari berumah sendiri di bilik 501.. ekeke.. pergi secara kebetulan shahir temankan, balik pon secara kebetulan wahidi temankan. mula2 ingat nak solat jumaat kat masjid hussain @ azhar, tapi kensel sebab penat dan jauh kena berjalan. Pastu tukar plan nak solat jumaat kat masjid Nur, Abbasiah. Tukar last minute sebab sedap sangat tido di bilik 501. 5minit nak masuk waktu baru bangun. Terus solat jumaat kat masjid bawah je. Kemudian beli ubi bakar.. Lama sungguh tak makan ubi keledek bakar. Sejak pindah dari ARMA. pastu makan nasi kat kafeteria. Then ngan ustaz wahidi, pergi ke sabie. Ziarah ustaz munim yang balik malam tadi (balik sorang lagi.. huhuhu.. ustaz munim bayar cd mawaddah.. don't forget it!!)
Then dari sabie naik tramco ke ramsis. pastu naik tramco gi muassasah. tramco yang sengal. bagi duit syiling le1 tak nak amik. bagi duit not le50 sekeping, marah plak. sengal! pastu merapu ape ntah.. malas nak layan baghal camtu. sib baik dia tak hembuskan asap rokok tu ke muka..hahaha.. mmg dlm hati ade niat nak terajang sampai jatuh tramco.. jahat sungguh... sampai muassasah.. jalan2 naik jejantas kemudian naik tuk tuk gi asfour. Membeli belah a.k.a shopping. Aktiviti yang paling digemari oleh orang tu.
Kejap je.. dalam sejam setengah kat asfour.. cari teksi nak gi mauqaf abud plak. payah sungguh nak dapat teksi.. skali dapat minta le10, lantak je la.. sampai mauqaf, singgah makan dulu. menu dia seguk (daging) dan kibdah (hati).
then sampai la saya ke bilik ini... Alhamdulillah.
* Masa berurusan di bilik ustaz rosni semalam, terasa segan ngan budak2 shoubra. yang sentiasa pegang dan baca matan. huhuhu....
ditulis pada 04:24 am oleh hosmu
Thursday, December 04, 2008
hosmu menulis - HNHK - Selamanya ...
Tetiba tulis title camtu.. Ntah, jangan tanya ape maksud dia.. eKeKe... Dah lama tak update blog.. Update skeett..
Hari ni keluar dari kawasan gharbiyyah menuju ke bumi kaherah. Kuar lepas asar.. cadang nak naik train.. Tunggu bas punya la lama.. Datang plak yang penuh .. al-maklum para mahasiswa sedang pulang dari sekolahnya.. Menapak menuju ke akhir perhentian.. Sib baik ade bas kosong.. Tak la kosong pasal bila saya naik tu terus jadi penuh kusi.. Wakaka.. Ade satu seat kosong.. Peneman hari ni: shahir umah bawah.. dia kata bukan main lagi nak pegi kaherah pagi2.. nak naik ketapi.. tau2 pas zohor ade lagi... huhu
Back to story Duduk je, terus tido.. Penangan nasi goreng sedap raeis masak.. Shahir duk membebel kat tepi tu pon rasa nak salotape je mulut dia.. Sampai di mahattah, ada ustaz indonesia silap naik bas skali ngan saya.. dia kata nak ke masjid badawi.. kalau dari mahattah tu, nak menapak ke masjid badawi.. penat jugak la.. habis cite ustaz tu.. kemudian masuk ke stesen.. lewat.. stesen dah kosong tanda ketapi dah bertolak.. huhu... tunggu lagi untuk ketapi seterusnya.. Sampai maghrib.. Yang datang mumayyazah kelas 2.. yg nak naik kelas 'adi je.. ketapi bawwab.. boring tunggu.. terus ajak shahir ke gumlah je senang.. mula2 nak naik tramco, tapi shahir beriya nak naik peugeot.. layan je la.. dh la duk tepi tepi tingkap.. tingkap plak xle tutup.. sejuk mak aii...
sampai muassasah terus masuk metro dan ke atabah. jalan2 cuci mata di atabah. ingat nak kembalikan memori "sab'ah wa nus.. sab'ah wa nus.." tapi rupanya saya ni ketinggalan... mmg dah takde dah panorama tu.. kawasan tu dah jadi lapang.. Masjid sebelah pon dah diratakan.. then jalan2 ke kedai kushari tingkat atas.. tak masuk pon.. usha dari luar.. memori kat situ.. kemudian gi kawasan handset plak.. saje nak tgk manusia arab mesir.. kemudian menapak ke husain plak.. shahir nak cucuk duit.. ikut je la.. jalan2 sampai ke darrasah.. mahattah .. tepi masjid/maqam pengasas tarekat naqsyabandi kalau tak silap. ke tarikat jaafariah..
kemudian naik teksi balik ke arma.. shahir naik bas 24jim ke sabie.. malam ni makan nasi paprik ayam.. camne leh tertukar dengan nasi goreng pattaya ni.. esok la plak makan nasi goreng pattaya nyer..
saya berkarya di cc arma.. semua perjalanan hari ni difotokan dengan kamera tajaan dari syed nasiruddin anak beranak.. heheh...
ditulis pada 12:29 am oleh hosmu
|
|
|
 |
 |
|  |
 |
IP Number:
You from:
The country is:
MyName: tamuramaro akimoto
|
 |
 |
|  |
|
|
 |